Road To 2027 Night Run
Tarikh kemas kini: September 2026
Dengan membuat pendaftaran dan pembayaran untuk Road To 2027 Night Run, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi semua Terma & Syarat serta Rules & Regulations yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Dengan meneruskan pendaftaran, peserta juga mengakui bahawa penyertaan dalam acara ini adalah atas risiko sendiri dan bersetuju untuk mematuhi arahan keselamatan serta peraturan sepanjang acara.
Pemindahan penyertaan kepada pihak lain atau pertukaran kategori larian adalah DILARANG SAMA SEKALI.
Transfer of race entries to another party or change of race category is STRICTLY PROHIBITED.
Peserta menyertai acara ini atas risiko sendiri. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan, kematian, kehilangan, kerosakan harta benda atau kerugian lain yang dialami oleh peserta, sama ada secara langsung atau tidak langsung, sepanjang penyertaan dalam acara ini, tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan.
Participants take part in this event at their own risk. The organizer shall not be liable for any bodily injury, death, loss or damage to property, whether personal or otherwise, arising from participation in the event, subject to applicable laws.
Pihak penganjur berhak untuk:
Stesen minuman akan disediakan di sepanjang laluan larian di lokasi yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Drink stations will be available along the running route at locations determined by the organizer.
Semua peserta yang berjaya mendaftar akan menerima manfaat atau kit yang ditetapkan oleh pihak penganjur, termasuk:
All registered participants will receive the items or benefits specified by the organizer, including T-shirts, e-certificates, finisher medals upon completion of the run, running bags where included in the purchased package, and other items or benefits announced by the organizer.
Medal Finisher hanya diberikan kepada peserta yang menamatkan larian mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Medal tidak akan dipos bersama kit.
Pihak penganjur berhak membuat sebarang perubahan terhadap acara, termasuk tetapi tidak terhad kepada tarikh, masa, lokasi, laluan, kategori, pengagihan kit, aktiviti dan susunan program, sekiranya keadaan memerlukan.
The organizer reserves the right to make any changes to the event, including but not limited to the date, time, venue, route, categories, kit distribution, activities and programme arrangements if necessary.
Laluan larian adalah seperti yang ditetapkan oleh pihak penganjur. Pihak penganjur berhak mengubah laluan atas faktor keselamatan, cuaca, arahan pihak berkuasa atau keadaan lain yang difikirkan perlu.
The running route will be determined by the organizer. The organizer reserves the right to change the route due to safety, weather, authority instructions or other circumstances deemed necessary.
Hanya peserta yang memakai Bib penyertaan yang sah dibenarkan berada di kawasan larian.
Only participants wearing valid race bib numbers are allowed in the running area.
Peserta yang berumur di bawah 12 tahun hendaklah diiringi oleh ibu bapa atau penjaga sepanjang acara.
Participants under 12 years old must be accompanied by a parent or guardian throughout the event.
Peserta hendaklah sentiasa mematuhi arahan pihak penganjur, petugas keselamatan, marshal dan pihak berkuasa yang bertugas sepanjang acara.
Peserta bertanggungjawab memastikan keadaan fizikal dan kesihatan diri adalah sesuai untuk menyertai aktiviti larian.
Peserta yang memilih penghantaran kit hendaklah memberikan nama penerima, alamat dan nombor telefon yang tepat serta lengkap.
Caj penghantaran adalah RM10 bagi satu pesanan, tertakluk kepada terma penghantaran yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Medal Finisher tidak akan dihantar melalui pos. Medal hanya diberikan selepas peserta menamatkan larian pada hari acara.
Sekiranya cabutan bertuah diadakan, penyertaan dan kelayakan adalah tertakluk kepada mekanisme, syarat dan keputusan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Pihak penganjur berhak menentukan pemenang berdasarkan kaedah cabutan yang ditetapkan dan keputusan penganjur adalah tertakluk kepada terma yang berkenaan.
Dengan membuat pendaftaran dan pembayaran, peserta mengesahkan bahawa mereka telah membaca, memahami dan bersetuju dengan semua Terma & Syarat serta Rules & Regulations Road To 2027 Night Run.
Jom lari sama-sama, patuhi peraturan dan kita pakat penuhkan Stadium Gong Badak! 🏃♂️🌙
Added to cart